Wednesday, 14 August 2013

Jejak Kasih Januari 2013 Dgn Kulaan di Singapura dan Teluk Intan, Perak

Alhamdulillah
Pertengahan januari 2013, kami di kg sawah telah diziarahi oleh cicit kpd moyang saya haji ismail, iaitu cucu saudara kpd datuk saya hj abdul manap bin hj ismail... nama beliau ini yakni sepupu 2x saya adalah haji hassim bin sitam yg tinggal di bedok, singapura

maklumat yg saya dapati bahawa datuk saya hj abdul manap ini mempunyai beberapa adik-beradik kandung dan juga adik-beradik tiri yg turut sama berhijrah bersama bapa mereka haji ismail ke tanah melayu pada awal-awal tahun 1900an yakni harus sekitar 1910an

moyang saya tersebut haji ismail itu dikhabarkan membuka perkampungan di tanjung olak, muar dan meninggal dunia tahun 1930an. Sekitar tahun 1941 sebahagian anak-anaknya berhijrah ke chenderung balai, teluk intan, perak...

gambar ketika hj hassim berziarah ke rumah ibu saya pertengahan januari 2013



gambar berikut haji hassim bersama-sama 2 anak lelaki beliau bergambar bersama kami, ibu saya dan makcik saya arbakyah binti hj abdul manap di suatu majlis perkahwinan anak saudara beliau di singapura



https://fbcdn-sphotos-e-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/s403x403/931206_10201262543630587_1929943213_n.jpg

kisah jejak kasih ini dgn kulaan di teluk intan, perak akan saya sambung kemudian, insyaAllah

No comments:

Post a Comment