Wednesday, 14 August 2013

Gambar-gambar Jejak Kasih 2013... (1)

Berikut ini gambar ketika kulaan drp pekan nanas, johor berziarah ke kulaan di chenderung balai dan teluk intan, perak bulan april 2013 bersempena perkahwinan anak kpd kak intan hamid




Berikut pula dibawah ini adalah gambar-gambar lama anak-anak hj ismail yg berhijrah ke perak iaitu keluarga tok mat noh dan tok sulaiman dan nek jamilah binti Hj Ismail albanjari





nanti kami upload gambar-gambar lainnya... tq



Anak-Anak moyangku haji Ismail albanjari

ANAK-ANAK HAJI ISMAIL
sabtu, 20/4/2013

alfatehah utk sekalian arwah mereka sebaritaan…

alhamdulillah, ini adalah sedikit info terkini yg kita cerapi berkenaan anak-anak hj ismail drp pertemuan di teluk intan hari sabtu lalu... terima kasih kpd kak intan dan abang hamid yg telah bersusahpayah menyediakan tempat penginapan/jamuan... Allah SWT jua yg membalas budi-baik keluarga kak intan...

dlm perbualan dgn paksu saidin, abang hassim dll, kami menganggarkan bahawa hj ismail itu ada 4 anak dgn isteri pertama beliau yg kesemuanya lahir di banua banjar iaitu abdul manaf, zainab, hamidah dan mat salleh

kemudian beliau berkahwin dengan aminah... moyang aminah ini ada mempunyai 2 anak sebelum berkahwin dgn hj ismail iaitu yg bernama jambang dan umek

perkahwinan hj ismail dengan aminah beroleh 5 anak iaitu mat noh, masrah, sulaiman, hamsah, abdul rahman dan jamilah

mat noh, masrah dan sulaiman lahir di banua banjar dan dibawa hijrah ke tanah melayu ketika sulaiman ini masih kecil harus sekitar sebelum tahun 1910 oleh pasangan ismail dan aminah bersama-sama anak-anak mereka yang lain... harus setelah sultan muhammad seman dan para pengikutnya berjihad menentang belanda, sehingga 1905....

dan seterusnya pasangan ismail dan aminah menetap di tanjung olak, muar, johor, tempat dimana hamsah, abdul rahman dan jamilah dilahirkan...

info yg menarik perhatian saya bahawa hijrah bersama-sama keluarga ismail ini juga adalah beberapa 'pengikut' setia beliau... dan bahawa ismail dan anak-anak lelakinya mempunyai "nama" dan "gelaran" kebangsawanan semasa di tanah banua banjar dan telah ditukar kpd nama yg kita kenali kini setelah berhijrah ke tanah melayu atas sebab-sebab tertentu dan dahulu ada juga kalangan keluarga terdekat ismail ini yg masih meneruskan tradisi "baandin"... "rahsia yg dirahsiakan" drp pengetahuan kita keturunan yg terkini... hanya sanya dianjurkan sekelian keturunan agar memperbanyakkan amalan berselawat,
wallahu a'lam

.....amun terdapat khilaf mohon diperbetulkan dan dikongsikan info yg lebih pasti, harus pakcik2 dan makcik2 ada parnah mandangar papandiran orang-orang tuhak kita baharik akan dangsanak paninian kita nih ... barelaan lah

1. abdul manaf bin ismail, lahir diperkirakan sekitar tahun sebelum 1895 di tanah banua banjar, abdul manaf ada 11 anak dgn 2 isteri, semuanya dilahirkan di tanah melayu.
anak sulung hj abdul manaf ini iaitu diyang ramlah (emak kpd hj bosran) lahir sekitar tahun 1918, di jeram, selangor.

haji abdul manaf meninggal dunia tahun 1970 umur ketika kakak saya rugayah binti durani berumur 5 bulan diperkirakan sekitar sekurang-kurangnya 75+ tahun. dikebumikan di masjid kg sawah, pekan nanas, johor

2. zainab binti ismail, lahir diperkirakan sekitar sebelum 1900, berkahwin dgn ismail (sama nama dgn bapa mertua), ada 2 anak iaitu atan bin ismail dan halimah binti ismail…

3. hamidah binti ismail, lahir diperkirakan sekitar sebelum 1900

4. mat salleh bin ismail, lahir diperkirakan sekitar awal tahun 1900, harus? dikebumikan di pusara aman, singapura

5. jambang binti abdul jalil, kakak mat noh berlainan bapa lahir diperkirakan sekitar sebelum 1900, dikebumikan di parit besar, batu pahat...

6. umek binti abdul jalil, kakak mat noh tapi lain bapa, lahir diperkirakan sekitar sebelum 1900

7. mat noh bin ismail, lahir 1901 dan meninggal dunia tahun 1968 umur 67 tahun, dikebumikan di masjid pekan rabu, teluk intan

8. masrah binti ismail, lahir diperkirakan sekitar 1903~05 dan meninggal dunia tahun 1945 sehari sebelum inggeris masuk semula ke tanah melayu setelah jepun kalah, dikebumikan di tanjung olak, bukit pasir, muar

9. sulaiman bin ismail, dlm dokumen dicatatkan lahir tahun 1918 dan meninggal dunia 6/11/1991 umur 73 tahun, dikebumikan di simpang 4, masjid labu kabung, teluk intan... NAMUN saya menganggarkan bahawa tok sulaiman ini telah dilahirkan jauh lebih awal di benua banjar diperkirakan sebelum tahun 1910 iaitu sebelum ismail berhijrah ketanah melayu

10. hamsah bin ismail, meninggal ketika muda-belia di tanjung olak, bukit pasir, muar

11. abdul rahman bin ismail, lahir diperkirakan sekitar tahun 1920 atau lebih awal dijadikan buruh paksa landasan keretapi maut jepun,

12. jamilah (anak bongsu hj ismail dgn aminah), lahir tahun 1923 dan meninggal dunia april 1991 umur 68 tahun, dikebumikan di simpang 4, masjid labu kabung, teluk intan... dan rasa saya nenek jamilah ini lahir beberapa tahun lebih awal drp tarikh yg dicatat ini...

berkenaan andin utuk, dikebumikan di pt3, chenderong balai...
maklumat terkini drp paksu saidin berdasarkan pangkat panggilan beliau akan utuk dan isterinya dgn panggilan pangkat nenek bukannya pangkat pakcik maka paksu saidin berkesimpulan awal bahawa Utuk itu samada adik-beradik ATAU sepupu kpd haji ismail, bukannya anak… ATAU mungkin juga ipar kpd hj ismail… dan maklumat ini boleh di-confirm-kan secara pasti jika kita mendapatkan maklumat akan –bin dan nama emak Utuk ini…

anak utuk yg bernama hamid adalah juga merupakan sahabat kpd panglima @ kiyai salleh selempang merah, batu pahat yg jihad dlm perang menentang komunis di batu pahat sekitar tahun 1945... dan diberitahu kpd saya bahawa tok sulaiman bin ismail, juga ada terlibat ketika perang sungai manik dan merupakan seorang drp 7 yg ditugaskan menjaga kawasan chenderong balai drp serangan cina-komunis....

maka dapatlah diperkirakan bahawa moyang kita ini hj ismail adalah dahulunya kalangan 'bangsawan' dan berketurunan 'gusti' di tanah banjar dan ada kalangan ahli kerabatnya spt utuk diatas yg berketurunan 'andin' pula... harus ada hubungan-kerabat dgn sultan muhammad seman, raja kerajaan banjar yg terakhir (1905) sebelum tanah banua banjar ditakluk belanda pemerintahannya...

dan harus juga gusti hj ismail mempunyai tali-persaudaraan dgn para 'gusti' lain yg berhijrah ke tanah melayu dan terdapat di kws tongkang pecah, di semerah (keturunan gusti muhammad bin mahmud) batu pahat, di kws sungai besar (keturunan gusti idris), selangor dan di bagan datoh (keturunan gusti noh) dan kerian (keturunan gusti anang), perak... mungkin ada kulaan yg anum-anum di sini yg ingin membuat kajian silaturrahmi... silalah ye...

ulun berharaf amun terdapat khilaf mohon diperbetulkan dan dikongsikan info yg lebih pasti, harus pakcik2 dan makcik2 ada parnah mandangar papandiran orang-orang tuhak kita baharik akan dangsanak paninian kita nih ... barelaan lah

Moyangku Haji Ismail albanjari

sedikit maklumat mengenai moyang saya Hj Ismail albanjari ;




menurut paksu saidin, menurut ibunya, wajah hj ismail ini adalah mirip wajah bapa beliau mat noh bin hj ismail... sila lihat gambar tok mat noh bersama paksu saidin seperti di atas ini...
hj ismail dikuburkan di daerah muar, dikhabarkan makngah jamaiah nasri di melaka ada menggantikan batu nesan moyang kita itu dan mengetahui lokasinya di muar dan harus juga mengetahui nama bapa kpd hj ismail ini...

menurut abang hassim sitam, suatu ketika dahulu moyang kita ini pernah menjadi pemodal? yang membuka perkebunan? di daerah muar namun menurutnya mengalami kerugian?... kemudiannya anak-anak beliau hijrah merantau ke tempat-tempat spt perak, selangor, singapura, pekan nanas, johor

wallahu'alam

Jejak Kasih Januari 2013 Dgn Kulaan di Singapura dan Teluk Intan, Perak

Alhamdulillah
Pertengahan januari 2013, kami di kg sawah telah diziarahi oleh cicit kpd moyang saya haji ismail, iaitu cucu saudara kpd datuk saya hj abdul manap bin hj ismail... nama beliau ini yakni sepupu 2x saya adalah haji hassim bin sitam yg tinggal di bedok, singapura

maklumat yg saya dapati bahawa datuk saya hj abdul manap ini mempunyai beberapa adik-beradik kandung dan juga adik-beradik tiri yg turut sama berhijrah bersama bapa mereka haji ismail ke tanah melayu pada awal-awal tahun 1900an yakni harus sekitar 1910an

moyang saya tersebut haji ismail itu dikhabarkan membuka perkampungan di tanjung olak, muar dan meninggal dunia tahun 1930an. Sekitar tahun 1941 sebahagian anak-anaknya berhijrah ke chenderung balai, teluk intan, perak...

gambar ketika hj hassim berziarah ke rumah ibu saya pertengahan januari 2013



gambar berikut haji hassim bersama-sama 2 anak lelaki beliau bergambar bersama kami, ibu saya dan makcik saya arbakyah binti hj abdul manap di suatu majlis perkahwinan anak saudara beliau di singapura



https://fbcdn-sphotos-e-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/s403x403/931206_10201262543630587_1929943213_n.jpg

kisah jejak kasih ini dgn kulaan di teluk intan, perak akan saya sambung kemudian, insyaAllah

Gambar Nenekku Hajjah Jamahori Binti Hj Hasyim dan anak-anaknya

c&p drp blog terdahulu...

Saturday, September 26, 2009

Gambar Nenekku Hajjah Jamahori Binti Hj. Hashim dan anak-anaknya

Bismillahirrahmanirrahim, salam sejahtera, berikut gambar yang berjaya saya dapatkan ketika berziarah ke rumah bapa saudaraku di Marine Parade, Singapura pada hari Sabtu, 26/09/2009 yang baru lalu...

Gambar Nenekku, Allahyarhamah Hajjah Jamahori @ Jamhoriah binti Haji Hashim. Dilahirkan di Kuala Tungkal dipercayai sekitar Sungai Saren, Parit IV, Tungkal atau Desa Pangkal Duri??? atau Bram Itam??? dan meninggal dunia di Singapura, umur sekitar 70, tahun 1974.
Dikhabarkan wajah nenekku ini tak banyak berubah dari sejak muda belia sehingga ke akhir hayatnya, Al-Fatehah...
Nenekku bersama cucunya Bustaman anak kpd Esah binti Tamin
Gambar ibu saudaraku, Allahyarhamah Hajjah Esah binti Tamin, dilahirkan di Parit Berayang, Batu Pahat sekitar tahun 1930 dan meninggal dunia sekitar tahun 1986/87, umur awal 50an. Al-Fatehah...

Gambar bapaku, Allahyarham Durani bin Tamin, dilahirkan di Parit Berayang, Batu Pahat sekitar tahun 1933 dan meninggal dunia sekitar tahun 1993 dan dimakamkan di Kg. Sawah, Pekan Nanas, umur sekitar 60 tahun. Al-Fatehah...

Di atas ini gambar bapa saudaraku, Haji Muhammad bin Tamin. Dilahirkan di Parit Berayang, Batu Pahat, 21/01/1940. Kini tinggal di Marine Parade, Singapura. Di sebelah ini gambar saya bersama beliau semasa saya berziarah ke rumahnya pada hari sabtu, 26/09/2009 yang baru lalu.


Gambar ibuku Hajjah Sapiah binti Haji Abdul Manap bersama mak cik Hajjah Asnah binti Salim serta isteriku dan anak-anakku di rumah sepupuku Maslina binti Muhammad Tamin di Marine Parade, Singapura,

Sabtu, 26/09/09.
Selamat Hari Raya Idul Fitri
Maaf Zahir dan Batin

4 COMMENTS:

Mazlan said...
Salam lah dangsanak ai;
Ulun sahibar mambaca haja posting andika... nenek ulun hanyar hanya maninggal bulan April 2009 nang lalu. Ngaran hidin...Jamilah Binti Hussin...ngaran uma nya moyang ulun la Agundai Bt Pialing...hidin gen baasal tumat daerah Rantau/Tanjung ( Daerah Banjar Kalua). Kisah perjalanan hijrah nya gen kurang labih ai jua... tumat banua maadam ka Kuala Tungkal... imbah tu ka Sumatera Utara hanyar manyubarang ke Bagan Sarai... tagal ujar ada dangsanak inya yang bulik ka Tungkal dan ada jua yang bahijrah ka Batu Pahat... tahu am...ulun gen lawas jua batakun ka nang tuha tuha tagal wahine rasa kada kasampaian luko handak bacuur ya am barataan nang tuha tuha kadada lagi dah...

Ulun mandoa akan agar andika kawa tahaba kulaan nang di cari...

Barelaan la
asa nusa said...
assalamualaikum!
amun ada kulaan yang bagana di kg seri mendapat, parit syukur, parit tabor, parit khalid dan kawasan sekitar di mukim7 batu pahat, mungkin saya boleh bantu.
asa nusa said...
assalamualaikum!
amun ada kulaan yang bagana di mukim 7 batu pahat - kg seri mendapat, parit syukur, parit khalid, parit tabor, seri gunong, parit jambi dan skitarnya mungkin aku boleh membantu...
Fakeh said...
Cubalah google tajuk BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA AHLU SUNNAH WAL JAMAAH, maka akan fahamlah kita tentang hakikat bangsa ini.

Dan cubalah google pula tajuk-tajuk berikut agar kita kenal Golongan Si Kitul dan Raja Mandeliar yang mencari peluang dan ruang untuk mengkhianati bangsa ini, iaitu:-

(a) http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
(b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
(c) Jom Kenali Dr Maza & Co
(d) Ahlul Bait Yang Dicerca
(e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
(f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
(g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah

FAKEH KHALIFAH SAKA

Gambar Keluarga Abdul Manap bin Ismail (3)

c&p drp blog terdahulu...

Sunday, September 13, 2009

Gambar Keluarga haji Abdul Manap bin Ismail (3)

Gambar Utuh Kallang iaitu haji Bosran bin Yusuf, cucu datuk saya dari anak perempuannya Diyang Ramlah binti Abdul Manap, lahir di Bukit Kucing, Selangor.
Kini bersara dari jawatan imam mesjid UTM, Skudai, menetap di No. 43, jalan 21, taman Teratai, Skudai, johor.
yang duduk tu sepupunya Abdul Rahman bin Mohamad Noor dan Mohamad Sahak bin Mohamad Noor bin Mohamad @ Kunjau bin Kihit
Gambar nenek wan binik, hajjah Juriah binti Abdullah iaitu isteri kepada haji Rais bin Muhammad Noor, sepupu kepada datuk saya haji Abdul Manap bin Ismail.
yang tengah tu ? , maaf saya belum tahu...
Kanan tu nenek saya hajjah Saniah @ Hamiah binti haji Zakaria


Yang bawah ni gambar nenek gunung binik, hajjah Zaleha @ Jamrah binti Ahmad di majlis perkahwinan cucunya Munah binti Aman @ Apar @ pak Idan, dengan Ismail dari Selangor tahun 1970an. Ismail kini bekerja dengan bahagian pelajar Malaysia di Mesir .

Gambar Keluarga Abdul Manap bin Ismail (2)

c&p drp blog terdahulu...

Sunday, September 13, 2009

Gambar Keluarga haji Abdul Manap bin Ismail (2)

Di atas ini gambar nenekku hajjah Saniah @ Hamiah binti haji Zakaria dan nenek saudara belah bapa hajjah Masturah binti Jantrak.












Disebelah ini gambar nenek gunung binik iaitu hajjah Zaleha @ Jamrah binti Ahmad iaitu isteri kepada haji Mohamad @ Kunjau bin Kihit, salah seorang pembuka asal Kampung Sawah.
Orang lelaki tua itu nenek Intan lakik @ nenek gondol ngarannya haji Anang Shukri , besan kepada Mohammad Noor bin Mohamad @ Kunjau bin Kihit. yang bersongkok itu Apar @ Aman bin Mohamad @ Kunjau bin Kihit, dipanggil Pak Idan.

Gambar yang agak kabur dibawah ini ialah gambar adik-beradik nenek saya hajjah Saniah @ Hamiah binti haji Zakaria di Tanjung Karang, Selangor
Dari kiri Sariah, Basunik, Haji Zakaria, isterinya, menantunya dan Nusik











Disebelah ini gambar ibu saya, hajjah Sapiah binti haji Abdul Manap dan kakaknya hajjah Rosnah binti haji Abdul Manap.



Gambar Keluarga Datukku Abdul Manap bin Ismail (1)

c&p drp blog terdahulu...

Sunday, September 13, 2009


Gambar Keluarga Datukku Abdul Manap bin Ismail (1)


Salam, Alhamdulillah,

Yang pertama ini adalah gambar datukku sebelah ibuku, haji Abdul Manap bin haji Ismail, ketua kampung pertama Kg. Sawah, Pekan Nanas, Johor.




Di sebelah ini gambar nenekku hajjah Saniah @ Hamiah binti haji Zakaria dari Tanjung Karang, Kuala Selangor. Keturunan adik-beradiknya iaitu nenek sunik @ Barsunik, nusik @ Sanusi, Sariah dikhabarkan masih ada di sekitar Kuala Selangor.

Yang kedua ini adalah gambar pak imam pertama mesjid Kg. Sawah yang sama-sama merantau dari sekitar Rantau, Banjarmasin ke Tanah Melayu tahun 1918. Duduk didepan haji Ismail bin Syukur dan isteri hajjah Halimah binti Hussin. Belakang dari kiri hajjah Maimunah binti Hussin, suaminya haji Mansur bin Hudari, haji Dahlan bin Yusuf, isterinya hajjah Saadiah binti Hussin.
Ini gambar nenek gunung iaitu haji Mohamad @ Kunjau bin Kihit, peneroka asal Kg. Sawah bersama-sama datuk saya tahun sekitar awal 1930an.









Gambar ketiga diatas adalah generasi kedua Kg. Sawah.
Duduk depan dari kiri, haji Sapri bin Abdul Jalil, haji Jastan (imam ke 3), datuk saya haji Abdul Manap bin Ismail, ? , haji Mat Yatim. Berdiri belakang dari kiri, ? , Ismail bin Murad bin Shukur bin Jaruk, Mohamad Noor bin Mohamad @ Kunjau bin Kihit, Abdul Rahim bin Belondero, Yusuf bin Mohamad @ Kunjau bin Kihit, Utuh Buntil (imam ke 2)


Gambar haji Juraij bin Baharom bin Shukur bin Jaruk, berdiri 2 dari kiri, kini menetap di Sijangkang berdepan rumah haji Haron.

Gambar Keluarga Tamin bin Marin (2)

c&p drp blog terdahulu...

Sunday, September 13, 2009

Gambar keluarga Tamin bin Marin (2)

Gambar di atas ini baru saya jumpa malam tadi, 2/10/09 bersama-sama gambar ukuran passport bapa saya, harus gambar diatas adalah gambar keluarga nenek saya Jamahori @ Jamhoriah binti haji Hashim di Sungai Saren, parit IV, Tungkal @ Desa Pangkal Duri @ Bram Itam, Tungkal???

Gambar di sebelah ini, bapa saya Durani bin Tamin dihari perkahwinan kakak saya Kamariah binti Durani dengan Azman bin Jibun.

Yang dibawah adalah gambar pak cik saya Muhammad bin Tamin dan seurang saudara mereka.
Ngarannya saya belum tahu...











Gambar Keluarga AnakCucu Datukku Tamin bin Marin (1)...

c&p drp blog terdahulu...


Sunday, September 13, 2009

Gambar Keluarga Datukku Tamin bin Marin (1)

Salam, Alhamdulillah
Berikut adalah beberapa gambar keluarga keturunan datukku sebelah bapa, Tamin bin Marin bin Julak .
Yang pertama itu gambar keluarga Esah bin Tamin dan suaminya Khosni bin Arsyad serta anak-anak mereka (belakang dari kiri) Hasbullah, Shohaimi, Bustamam dan Shafie. Didepan duduk menantu mereka, yang berdiri itu anak angkat mereka (anak dari 2 pupu Esah iaitu Asiah binti Kachil @ Sulaiman) yang bernama Manis.
Yang kedua gambar ketika keluarga Esah menziarahi keluarga bapa saya Durani bin Tamin awal tahun 1980an. Dari kiri, Durani, Khosni, Faridah, ibu saya safiah, Esah, Nenek Inang, nenek saya Hamiah, Kamariah, Rugayah. Di depan Shafie, ? , Hasbullah, Robiah, Shariah, hujung sekali ulunlah.
Yang ketiga ini gambar ketika Esah binti Durani dan isteri adiknya Muhamad bin Tamin iaitu Hasnah binti Salim ke Kg. Sawah meraikan perkahwinan babuahan, cucu kepada nenek gunung atau namanya Mohamad @ Kunjau bin Kihit akhir tahun 1970an iaitu Munah binti Aman (dipanggil apar atau pak idan). Kanak-kanak itu adalah sepupu-sepupu saya Masran, Masri dan Masron bin Muhamad bin Tamin.Di atas ini gambar bapa saudara saya, Muhammad bin Tamin yang tinggal di Marine Parade, Singapura. Bersama-sama anak-anaknya, Masran, Masri, Maslina dan pasangan masing-masing dan cucu-cucunya.

Gambar di atas ini, ketika ziarah anak-anak emak saudara saya, Esah binti Tamin, Shafie dan Shohaimi Hj. Khosni ke rumah Muhammad bin Tamin













Yang ini gambar sepupu datuk saya Masturah binti Jantrak yang bertanggungjawab menjodohkan bapa saya dengan ibu saya, awal tahun 1960an. Gambar ini ketika majlis pertunangan kakak saya Rugayah binti Durani (belakang). Depan sebelah kiri Sepupu saya Shahriah binti Abdul Karim anak kepada Kalsom binti Abdul Manap. Sebelah kanan adik saya Robiah binti Durani.
Gambar lain akan ditambah kemudian, insyaAllah

Keluarga Sebelah Ibuku...

c&p drp blog terdahulu...


Friday, September 11, 2009

Keluarga Sebelah Ibuku Di Sijangkang, Bukit Kuching, Jeram, Selangor, Batang Berjuntai dan Johor

Pada tahun 1918 satu rombongan orang banjar yang diketuai oleh Abdul Manaf bin Ismail dari daerah sekitar Rantau, Banjarmasin telah sampai di pelabuhan di Klang. Mereka kemudiannya telah membuka perkampungan di sekitar Sijangkang, Banting, Selangor. Sebahagian mereka membuka kebun di Jeram, Kuala Selangor, Bukit Kuching, Sg. Buluh, Batang Berjuntai...

Pada tahun sekitar 1926/27 beberapa keluarga dari kumpulan ini telah berhijrah lagi ke Johor. Dari Kelang mereka terlebih dahulu ke Deli kemudian memasuki Johor melalui Kukup ke Pontian Kecil lalu membuka perkampungan di sekitar Pengkalan Raja, Pekan Nanas. Ketika itu penghulu di kawasan ini ialah Penghulu Sabtu.

Dari Pengkalan Raja ini pada tahun sekitar 1932 mereka membuka perkampungan lagi dan mula menanam padi lalu kampung ini dinamai Kampung Sawah sekitar tahun 1937.

Sebagai ketua rombongan ini Abdul Manaf bin Ismail telah dilantik sebagai ketua Kampung Sawah yang pertama. Antara ahli rombongan dari daerah sekitar Rantau, Banjarmasin ialah

1.Mohamad bin Kihit , di kampung asal di Rantau, Banjarmasin dipanggil Kunjau bin Kihit, ketika merantau ke Tanah Melayu tahun 1918 ada 2 adik-beradiknya yang tinggal di daerah Rantau, Banjarmasin. Meninggal dunia awal tahun 1963/64. Isterinya bernama hajjah Zaleha @ Jamrah binti Ahmad.
Anak-anak bernama Aman, Apar, Muhammad Noor, Yusuf, Haron.

2.Syukur bin Jaruk. Meninggal dunia tahun sekitar 1930 ketika berumur 30an asbab tertimpa pokok ketika membuka hutan. Isterinya bernama Halimah. Anak-anak bernama Murad, Baharom.

3.Rais bin Muhammad Noor (Nenek Wan) sepupu Abdul Manap. Meninggal tahun 1964/65 ketika berumur lewat 60an. Isteri bernama Juriah binti Abdullah.

4.Dadas @ Dasri bin Muhammad Noor. Meninggal tahun 2008.
5.Ibas @ Basri bin Muhammad Noor

6.Ismail bin Syukur, meninggal dunia tahun 1968 ketika berumur 68 tahun. Isterinya Halimah binti haji Hussin
7.dan adiknya bernama Kachil bin Syukur, meninggal dunia tahun 1962. Isterinya Masturah binti Jantrak (sepupu kepada datuk saya sebelah bapa, Tamin bin Marin bin Julak).

Haji Ismail bin Syukur ini meninggal dunia tahun 1968 ketika berumur 68 tahun. Beliau adalah imam pertama mesjid di Kg. Sawah. Haji Ismail ini ada biras yang bernama Dahlan bin Yusuf dan Mansur bin Hudari.
Dahlan mengkahwini Saadiah binti haji Hussin, manakala Mansur mengkahwini Maimunah binti haji Hussin.

Mereka semua ini adalah mempunyai tali persaudaraan semenjak di tanah banjar lagi.

Datuk saya sebelah ibu ini Haji Abdul Manaf bin Ismail, meninggal dunia tahun 1969 dan isterinya Hajjah Saniah @ Hamiah binti Zakaria, meninggal dunia tahun 1990an. Mereka mempunyai beberapa anak iaitu Mat Jais, Badariah, Basri, Diyang Ramlah, Osman, Fatimah, Rosnah, Sapiah, Muhammad, Bakyah dan Kalsom.

Kini kaum keluarga Haji Abdul Manaf bin Ismail ini bertaburan terutamanya di Selangor dan Johor. Di Selangor, di sekitar Sijangkang iaitu keluarga:

1.Haji Juraij bin Baharom bin Syukur bin Jaruk
2.Wak Dadas bin Muhammad Noor, sepupu Abdul Manap
3.Ibas bin Muhammad Noor , sepupu Abdul Manap
4.Haji Mahmud bin Yusuf di Bukit Kucing, Sg. Buluh, Kuala Selangor, adiknya Bosran @ Utuh Kallang bin Yusuf di Johor Baharu, imam masjid UTM Skudai, anak kepada Diyang Ramlah binti Abdul Manap
5.Basuni bin Zakaria di Batang Berjuntai, ipar kepada Abdul Manap
6.Ismail bin Murad bin Syukur bin Jaruk, di Kg. Sawah
7.Sahak bin Mohammad Noor bin Mohammad @ Kunjau bin Kihit, di Kg. Sawah
8.Zulkifli bin Mohammad Noor bin Mohammad @ Kunjau bin Kihit, di Ampang, Selangor, seorang jutawan usahawan jus jenama tribulus yang terkenal itu
9.Shazali bin Shahdan bin Basri bin Abdul Manap bin Ismail, menjadi stokis May First di Banting, Selangor
10.Sepupu Abdul Manap iaitu Sulaiman dan Sabran yang tinggal di Cenderung Balai, Perak, Pt.1, Kampung Bil, belakang Balai Polis Labu Kubong, Sulaiman ini dulunya bekerja sebagai jaga kapal korek...
11.Rosnah binti Yusuf, Dimah binti Yusuf di Bukit Kucing, Selangor. Adalah cucu kepada Abdul Manap dari anak perempuannya Diyang Ramlah binti Abdul Manap.

Nenek saya Hajjah Saniah @ Hamiah binti Zakaria itu mempunyai beberapa adik-beradik iaitu Basunik, Nusik @ Sanusik? , Sariah. Mereka ini dari Tanjung Karang, Selangor. Sepengetahuan saya Basunik ada anak bernama Hamid manakala Sariah ada anak bernama Imran dan cucu bernama Daud.

Ibu saya Hajjah Sapiah binti Haji Abdul Manaf lahir bulan April, 1941 di kampung Sawah.

Adalah diharafkan bagi saudara/i yang mengenali keluarga-keluarga ini sudilah berhubung dengan saya dialamat email ibnutamin@yahoo.com , hp 013-7376958, 07-699 6044,
07-699 3220 untuk menghubung silaturrahim juga untuk menambah info di blog ini, insyaAllah.

terima kasih, wassalam
utoh ahem

1 COMMENT:

Harat said...
Salam,

Saya tertarik dengan usaha sdr untuk keluarga di Banjardan Tungkal.

Saya orang Banjar, berasal dari Bukit Kuching, tapi mungkin tidak ada kaitan dengan keluarga saudara, kerana datuk dan nenek (sebelah ayah) berasal dari Barabai.

Jemput berkunjung ke blog saya: http://kulaan-banjar.blogspot.com

Kampung Sungai Setanggok

c&p drp blog terdahulu...


Thursday, September 4, 2008

Kampung Sungai Setanggok

Salam,
AlhamdulilLah hari ini saya dapat maklumat terbaru ihsan dari julak inul cindul dari Parit Gabis, Bagan Serai. Kemungkinan kampung yang dimaksudkan tempat bermukim keluarga Tamin di daerah Kerian, Perak itu adalah kampung Sungai Setanggok. Abah julak inul adalah kelahiran di kampung Sungai Setanggok ini. Terima kasih julak inul...

Apabila nama kampung Sungai Setanggok ini saya khabarkan kepada bapa saudara saya, Muhammad bin Tamin di Singapura petang tadi, barulah beliau teringat...iaitu pondok kecil kediaman mereka itu. Pondok kecil itu adalah ihsan orang yang berada di kampung itu. Mungkin haji Ijam @ Ajam. Pak cik Muhammad tak ingat sangat kerana ketika bermukim di sana umurnya hanya 5/6 tahun....

Beliau ingat bahawa dari pondok kecilnya ke Sungai Gadung adalah kira-kira beberapa kilometer berjalan kaki...

Sekian dahulu, wassalam

Kisah Tamin dan Jamhori di kampung sekitar Sungai Gedung, Semanggol, Perak

c&p drp blog terdahulu...


Monday, September 1, 2008

Kisah Tamin dan Jamhori di kampung sekitar Sungai Gedung, Perak

Salam,
AlhamdulilLah dan diucapkan selamat berpuasa dan menghayati ramadhan yang penuh keberkahan

Sebagaimana ditulis pada tajuh kisahku... sekitar tahun 1942, Tamin bersama isteri Jamhori binti Haji Hashim serta anak-anaknya Rahmah (dan suami Mukhtar) , Esah, Durani dan Muhammad telah berhijrah dari Parit Berayang, Batu Pahat ke kampung di sekitar Sungai Gadung, daerah Kerian, Perak iaitu arah ke Semanggol, kerana bertani menanam padi. Nama sebenar kampung itu saya belum dapat maklumat...apakah ada perkampungan parit ampat, di kawasan ini...

"maklumat terbaru yang saya terima ihsan dari julak inul cindul dari parit gabis, bagan serai kemungkinan kampung yang saya maksudkan ialah kampung sungai setanggok, sungai gedung....kerana abahnya kelahiran di kampung ini..."

Di sini mereka telah dibantu oleh keluarga Haji Ajam @ Ijam. Namun saya rasa nama ini adalah nama panggilan sahaja di kampung sekitar Sungai Gadung itu (maklumat terbaru harus kampung Sungai Setanggok). Maklumat terkini yang saya perolehi ada satu keluarga lagi yang berbudi dan bermurah hati membantu keluarga Tamin ini semasa mereka di kampung ini adalah keluarga Pak Haji Kachil.

Keluarga Tamin ini bermukim di kampung Sungai Setanggok, Sungai Gadung ini sekitar antara tahun 1942 sehingga tahun 1947 iaitu hanya kira-kira 5 tahun. Mereka bertani menanam padi dan lain-lain kerja kampung. Dan oleh kerana Tamin ini ketika itu sedikit sebanyak pandai membaca dan menulis maka beliau antara yang diharafkan oleh kalangan penduduk kampung tersebut yang memerlukan bantuannya seadanya. Manakala nenek saya Jamhori binti Haji Hashim ini pandai mengaji al-Qur'an. Maka selain mengerjakan tanah sawah 'sekangkang kera' milik mereka, nenek Jamhori juga mengajar anak-anak kampung di kampung Sungai Setanggok, Sungai Gadung ini mengaji al-Qur'an iaitu sekitar antara tahun 1942 sehingga 1947.

Dengan ini sekiranya ada orang-orang tua kampung Sungai Setanggok, Sungai Gadung yang pernah belajar mengaji al-Qur'an dengan nenek Jamhori ini semasa zaman kanak-kanak mereka dan pernah berkawan dengan Esah, Durani dan Muhammad, harus dapat saya bersilaturrahim dengan mereka, dan mendapatkan maklumat mengenai keluarga Haji Ajam dan Haji Kachil serta mendapatkan maklumat dimana datuk saya Tamin dikuburkan, kerana Tamin ini meninggal dunia di kampung sekitar Sungai Gadung tersebut sekitar tahun 1945/1946.

Setelah Tamin meninggal dunia, Jamhori menyara anak-anaknya dengan menjual beras cupak di tepi jalan arah ke Semanggol, di Sungai Gadung sehingga sekitar tahun 1947 dimana beliau sekeluarga kembali semula berpindah ke Parit Berayang, Batu Pahat, Johor. Dikhabarkan tanah sawah 'sekangkang kera' milik mereka diserahkan kepada keluarga Haji Kachil untuk mengerjakannya. Manakala anak tirinya Rahmah dan suami Mukthar serta anak perempuan mereka balik semula ke Banua Banjar...

Harapan saya jika para pengunjung blog ini yang masih mempunyai keluarga yang tua di Kampung Sungai Setanggok, Sungai Gadung arah ke Semanggol, Kerian, Perak ini, sudilah kiranya menanya-nanyakan berkenaan Tamin dan isterinya Jamhori ini, dapatlah kita menyambung silaturrahim, biiznilLah

Dan dapatlah kiranya menghubungi saya diibnutamin@yahoo.com atau hp: 013-7376958 atau 07-6996044 (pej.) , sekiranya mendapat maklumat mengenai mereka, dan di atas usaha tuan/puan ini muga dirahmatiNya dan dipermudahkan, insyaAllah

Sekian dahulu, wassalam

1 COMMENT:

Wahyu Amrullah said...
Assalamualaikum wr, wb_
Pertama atas nama keluarga besar [url=http://www.e-kandangan.co.cc/]Forum Kandangan[/url] Saya ingin mengucapakan terima kasih da selamat bergabung di Communitas Kandangan
Setelah membaca semua yang anda tulis diblog ini saya menjadi terharu akan perjuangan anda ingin menjajaki silsilah keluarga, adapun waktu membaca "kisahku mencari dangsanak paninian" Di situ saya sedikit menyimpulkan bahwa anda memang mempunyai darah banjar, kenapa ? karena dari segi bahasa tulisan, anda secara tidak langsung membawa bahassa banjar tsb,
mungkin sedikit tambahan dari saya bahwa orang banjar memang suka merantau, kakek saya (alm) dulu juga pernah merantau sampai ke tambilahan, tanjung penang buat mengaji dan berdagang. bahkan sampai sekarang sebagian kerabat kakek saya masih tinggal di sana, tapi bagi kami anak cucunya tidak bisa saling tahu dan kenal lagi karena jarak dan waktu.
mudah2 an ini pintu pertama pembuka untuk menjajaki silsilah

Salasilah Keturunan Tamin di Malaysia dan Singapura

c&p drp blog terdahulu...


Sunday, August 31, 2008

Salasilah Keturunan Tamin di Malaysia dan Singapura

Assalamu'alaikum,
Disini saya menyambung akan salasilah keturunan datuk saya Tamin bin Marin yang ada di Malaysia dan Singapura yang saya tahu.

Sebagaimana diketahui dari tulisan saya pada tajuk kisah ku, Tamin semasa merantau ke Batu Pahat, Johor turut membawa anak sulungnya Rahmah dan menantunya Mukhtar. Rahmah ini dari isteri pertama Tamin yang ditinggalkan di Banua Banjar bersama anaknya yang lain. Maklumat terkini yang saya perolehi adalah samada dari daerah Kandangan atau daerah Rantau, Kalimantan

Sebelum ke Batu Pahat mereka singgah ke Kuala Tungkal dimana Tamin telah menikahi Jamahori @ Jamhoriah @ Jamania binti Haji Hashim. Seterusnya meneruskan perantauan ke Parit Berayang, Batu Pahat, Johor

Hasil perkahwinan Tamin dan Jamhori ini telah melahirkan Basri dipanggil Babas meninggal dunia ketika bayi/kecil, Esah, Durani, Muhammad. Kisah perantauan Tamin ke Perak telah ditulis pada tajuk kisah ku, pada tajuk ini saya akan terus saja menulis berkenaan anak-anak dan cucu-cucunya sahaja yang ada di Malaysia dan Singapura.

Setelah Tamin meninggal dunia di kampung sekitar Sungai Gadung, jalan arah ke Semanggol, Kerian, Perak, iaitu tahun 1945/46, maka pada tahun 1947 , nenek Jamhori bersama anak-anaknya Esah, Durani dan Muhammad berpindah semula ke Parit Berayang, Batu Pahat, Johor.

Manakala anak tiri Jamhori iaitu Rahmah dan suaminya Mukhtar serta anak perempuan mereka yang lahir tahun 1942/43 telah kembali semula ke Banua Banjar, di daerah Kandangan...

Esah atas nasihat cucu kepada Haji Mukhtar disuruh untuk belajar menjahit di Singapura pada tahun 1950.

Haji Mukhtar ini adalah orang alim yang turut terlibat dalam penyediaan para ahli sabil selendang merah keturunan banjar yang dipimpin oleh Panglima Salleh, dalam perang ke atas pengganas kominis di Batu Pahat sekitar tahun selepas perang Jepun. Terkini cucu haji Mukhtar ini iaitu encik Fakri aktif dalam menjejaki salasilah keluarganya di Malaysia, Sumatera dan Banua Banjar...

Di Singapura inilah, Mak Cik Esah menikah dengan Encik Khoshni bin Arsyad yang asal dari Tembilahan. Perkahwinan mereka dikurniakan 4 orang anak iaitu Bustamam, Hasbullah, Syafie dan Suhaimi. Kesemua mereka adalah warganegara Singapura. Pada tulisan akan datang akan dimuatkan cucu-cicit Tamin daripada anaknya Esah ini, insyaAllah

Muhammad pula atas nasihat seorang cikgunya di Batu Pahat, disuruh menyambung belajar ke Singapura tahun 1953. Di Singapura ini Muhammad bertemu jodoh dengan Asnah binti Salim bin Osman, orang boyan. Perkahwinan mereka dikurniai empat anak iaitu Masran, Masri, Masron dan Maslina. Mereka juga ada mengambil anak angkat iaitu Rokiah binti Muhammad. Kesemua mereka adalah warganegara Singapura. Pada tulisan akan datang akan dimuatkan cucu-cicit Tamin daripada anaknya Muhammad ini, insyaAllah

Nenek Jamahori kemudiannya berhijrah mengikuti anaknya Esah di Singapura, dan meninggal dunia di Singapura tahun 1974/75.

Manakala Durani telah menikah dengan Khatijah binti Basri dan terus menetap mengerjakan kebun di Parit Berayang. Di Parit Berayang, Parit Jatuh, Batu Pahat ini Durani ada seorang guru agama bernama Haji Othman, semasa artikel ini ditulis, 24/09/09 masih ada di Parit Berayang, Batu Pahat. Perkahwinan mereka ini dikurniakan empat anak iaitu Abdul Rahman (1953), Habibah, Ahmad (1958) dan Aman. Namun, mereka telah bercerai sekitar tahun 1961/62.

Abdul Rahman menikah dengan Saniah binti Haji Rahmat bin Haji Kadri Bin Haji Manaf, dari asal dari Parit Tabur, Parit Khalid, Mukim 6, Batu Pahat kemudian pindah ke Felda Sungai Sayong. Dan dikurniai empat anak iaitu Khairil Anuar, Khairizan, Khairuddin dan Khairil Izuan.

Habibah menikah dengan Bedu Rahman bin Sulaiman, dikurniai empat anak iaitu Azman, Norlida, Azlan dan Azura.

Ahmad menikah dengan Fatimah binti Hasyim, dikurniai tiga anak iaitu Saiful Akram, Shamsul Idham dan Shahrul Izrin. Namun, mereka bercerai beberapa tahun setelah kelahiran Izrin.
Ahmad bernikah sekali lagi dengan Fauziah binti Haji Sailin dari kampung Tenggayun, Batu 35, Pontian, dan dikurniai beberapa orang anak lagi iaitu Amirul Afifi, Amirah Afifah, Aina Malisa dan Amir Rusdi.

Aman pula bernikah dengan Fauziah @ Intan binti Ahmad dari Sanglang, Pontian dan dikurniai anak Nurziana, Nurhisham, Nursyafik, Nurasyikin dan Nursyahmi Fikri.

Durani membawa diri ke Singapura, kemudian ke Pontian, Johor. Di Pontian inilah Durani bernikah dengan ibu saya, Sapiah binti Haji Abdul Manap bin Haji Ismail anak ketua kampung di Kampung Sawah. Haji Abdul Manap bin Haji Ismail ini adalah orang banjar dari Tanjung Karang, Selangor. Keluarganya kini ada di sekitar Tanjung Karang, Bukit Kuching, Sungai Buluh, Klang, Sijangkang, Banting di Selangor.

Perkahwinan Durani dan Sapiah dikurniai empat anak iaitu Kamariah (1965), Rugayah (1969), Abd Rahim(1971) dan Robiah (1974).
Kamariah menikah dengan Azman bin Jibun dan dikurniai anak perempuan bernama Amalina. Kedua-dua Kamariah dan suaminya telah meninggal dunia tahun 1990'an.

Rugayah menikah dengan Mohd Anuar bin Mohd Amdzah dan dikurniai anak-anak bernama Nur Ain Aqila, Nur Ain Raihanah, Mohd Aiman Lutfi, Nur Ain Maisarah, Mohd Aidil Amsyar

Saya, Abd Rahim menikah dengan Nor Zaharidah binti Mohd Noor bin Haji Jais. Ibu mertua saya, Rokiah @ Zarehan binti Sudin bin Wahab, orang minang dari Kampung Terusan Seberang, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Mertua saya ini, ibunya bernama Hafsah @ Itang binti Bador, neneknya bernama Abbah binti Mohd Yakim, moyangnya bernama Sa'ini. Sa'ini dikhabarkan adalah antara waris keturunan (anak/cucu?) dari Tok Siamang Gagap iaitu Kahar bin Mukmin, Orang Besar Istana Seri Menanti zaman Yamtuan Radin, Yamtuan Antah hingga Yamtuan Muhammad, sekitar 1840an-1880. Memimpin angkatan perang Seri Menanti semasa perang Bukit Putus menentang penjajahan Inggeris tahun sekitar tahun 1876.
Andai ada anak cucu waris benih keturunan Tok Siamang Gagap, Kahar bin Mukmin membaca blog ini, silalah berhubung dengan saya untuk bersilaturrahim, bi'iznilLah.
Hasil perkahwinan saya ini dikurniai setakat ini tiga orang cahayamata iaitu N.A. Qistina (2004), M.A. Mirza (2006) dan N.A. Qaisara (2008), AlhamdulilLah...

Sekian dahulu, wassalam
ibnutamin




2 COMMENTS:

chemphg70 said...
Kami adalah keturunan dari Dato' Siamang Gagap di Pahang. Bolehlah e mel di chemphg70@gmail.com. Saya juga sedang menyiapkan salasilah keluarga.

Norazlan Abd. Rahman
Mohamad said...
Assalamualaikum,

Saya ada berita nak beritahu. Haji Othman yang ada di Parit Berayang masih ada lagi di kampung tersebut. Bagaimanapun, beliau agak uzur sedikit disebabkan usianya semakin tua. Untuk pengetahuan saudara, saya merupakan cucu kepada Haji Othman.

Sekian.

Yang Benar,

MOHAMAD ZULFAZDLEE ABUL HASSAN ASHARI
chotadonukm@gmail.com