ANAK-ANAK HAJI ISMAIL
sabtu, 20/4/2013
alfatehah utk sekalian arwah mereka sebaritaan…
alhamdulillah, ini adalah sedikit info terkini yg kita cerapi berkenaan
anak-anak hj ismail drp pertemuan di teluk intan hari sabtu lalu... terima
kasih kpd kak intan dan abang hamid yg telah bersusahpayah menyediakan tempat
penginapan/jamuan... Allah SWT jua yg membalas budi-baik keluarga kak intan...
dlm perbualan dgn paksu saidin, abang hassim dll, kami menganggarkan bahawa hj
ismail itu ada 4 anak dgn isteri pertama beliau yg kesemuanya lahir di banua
banjar iaitu abdul manaf, zainab, hamidah dan mat salleh
kemudian beliau berkahwin dengan aminah... moyang aminah ini ada mempunyai 2
anak sebelum berkahwin dgn hj ismail iaitu yg bernama jambang dan umek
perkahwinan hj ismail dengan aminah beroleh 5 anak iaitu mat noh, masrah,
sulaiman, hamsah, abdul rahman dan jamilah
mat noh, masrah dan sulaiman lahir di banua banjar dan dibawa hijrah ke tanah
melayu ketika sulaiman ini masih kecil harus sekitar sebelum tahun 1910 oleh
pasangan ismail dan aminah bersama-sama anak-anak mereka yang lain... harus
setelah sultan muhammad seman dan para pengikutnya berjihad menentang belanda,
sehingga 1905....
dan seterusnya pasangan ismail dan aminah menetap di tanjung olak, muar, johor,
tempat dimana hamsah, abdul rahman dan jamilah dilahirkan...
info yg menarik perhatian saya bahawa hijrah bersama-sama keluarga ismail ini
juga adalah beberapa 'pengikut' setia beliau... dan bahawa ismail dan anak-anak
lelakinya mempunyai "nama" dan "gelaran" kebangsawanan
semasa di tanah banua banjar dan telah ditukar kpd nama yg kita kenali kini
setelah berhijrah ke tanah melayu atas sebab-sebab tertentu dan dahulu ada juga
kalangan keluarga terdekat ismail ini yg masih meneruskan tradisi "baandin"...
"rahsia yg dirahsiakan" drp pengetahuan kita keturunan yg terkini...
hanya sanya dianjurkan sekelian keturunan agar memperbanyakkan amalan
berselawat,
wallahu a'lam
.....amun terdapat khilaf mohon diperbetulkan dan dikongsikan info yg lebih
pasti, harus pakcik2 dan makcik2 ada parnah mandangar papandiran orang-orang
tuhak kita baharik akan dangsanak paninian kita nih ... barelaan lah
1. abdul manaf bin ismail, lahir diperkirakan sekitar tahun sebelum 1895 di
tanah banua banjar, abdul manaf ada 11 anak dgn 2 isteri, semuanya dilahirkan
di tanah melayu.
anak sulung hj abdul manaf ini iaitu diyang ramlah (emak kpd hj bosran) lahir
sekitar tahun 1918, di jeram, selangor.
haji abdul manaf meninggal dunia tahun 1970 umur ketika kakak saya rugayah
binti durani berumur 5 bulan diperkirakan sekitar sekurang-kurangnya 75+ tahun.
dikebumikan di masjid kg sawah, pekan nanas, johor
2. zainab binti ismail, lahir diperkirakan sekitar sebelum 1900, berkahwin dgn
ismail (sama nama dgn bapa mertua), ada 2 anak iaitu atan bin ismail dan
halimah binti ismail…
3. hamidah binti ismail, lahir diperkirakan sekitar sebelum 1900
4. mat salleh bin ismail, lahir diperkirakan sekitar awal tahun 1900, harus?
dikebumikan di pusara aman, singapura
5. jambang binti abdul jalil, kakak mat noh berlainan bapa lahir diperkirakan
sekitar sebelum 1900, dikebumikan di parit besar, batu pahat...
6. umek binti abdul jalil, kakak mat noh tapi lain bapa, lahir diperkirakan sekitar
sebelum 1900
7. mat noh bin ismail, lahir 1901 dan meninggal dunia tahun 1968 umur 67 tahun,
dikebumikan di masjid pekan rabu, teluk intan
8. masrah binti ismail, lahir diperkirakan sekitar 1903~05 dan meninggal dunia
tahun 1945 sehari sebelum inggeris masuk semula ke tanah melayu setelah jepun
kalah, dikebumikan di tanjung olak, bukit pasir, muar
9. sulaiman bin ismail, dlm dokumen dicatatkan lahir tahun 1918 dan meninggal
dunia 6/11/1991 umur 73 tahun, dikebumikan di simpang 4, masjid labu kabung,
teluk intan... NAMUN saya menganggarkan bahawa tok sulaiman ini telah
dilahirkan jauh lebih awal di benua banjar diperkirakan sebelum tahun 1910
iaitu sebelum ismail berhijrah ketanah melayu
10. hamsah bin ismail, meninggal ketika muda-belia di tanjung olak, bukit
pasir, muar
11. abdul rahman bin ismail, lahir diperkirakan sekitar tahun 1920 atau lebih
awal dijadikan buruh paksa landasan keretapi maut jepun,
12. jamilah (anak bongsu hj ismail dgn aminah), lahir tahun 1923 dan meninggal
dunia april 1991 umur 68 tahun, dikebumikan di simpang 4, masjid labu kabung,
teluk intan... dan rasa saya nenek jamilah ini lahir beberapa tahun lebih awal
drp tarikh yg dicatat ini...
berkenaan andin utuk, dikebumikan di pt3, chenderong balai...
maklumat terkini drp paksu saidin berdasarkan pangkat panggilan beliau akan
utuk dan isterinya dgn panggilan pangkat nenek bukannya pangkat pakcik maka
paksu saidin berkesimpulan awal bahawa Utuk itu samada adik-beradik ATAU sepupu
kpd haji ismail, bukannya anak… ATAU mungkin juga ipar kpd hj ismail… dan
maklumat ini boleh di-confirm-kan secara pasti jika kita mendapatkan maklumat
akan –bin dan nama emak Utuk ini…
anak utuk yg bernama hamid adalah juga merupakan sahabat kpd panglima @ kiyai
salleh selempang merah, batu pahat yg jihad dlm perang menentang komunis di
batu pahat sekitar tahun 1945... dan diberitahu kpd saya bahawa tok sulaiman
bin ismail, juga ada terlibat ketika perang sungai manik dan merupakan seorang
drp 7 yg ditugaskan menjaga kawasan chenderong balai drp serangan
cina-komunis....
maka dapatlah diperkirakan bahawa moyang kita ini hj ismail adalah dahulunya
kalangan 'bangsawan' dan berketurunan 'gusti' di tanah banjar dan ada kalangan
ahli kerabatnya spt utuk diatas yg berketurunan 'andin' pula... harus ada
hubungan-kerabat dgn sultan muhammad seman, raja kerajaan banjar yg terakhir
(1905) sebelum tanah banua banjar ditakluk belanda pemerintahannya...
dan harus juga gusti hj ismail mempunyai tali-persaudaraan dgn para 'gusti'
lain yg berhijrah ke tanah melayu dan terdapat di kws tongkang pecah, di
semerah (keturunan gusti muhammad bin mahmud) batu pahat, di kws sungai besar
(keturunan gusti idris), selangor dan di bagan datoh (keturunan gusti noh) dan
kerian (keturunan gusti anang), perak... mungkin ada kulaan yg anum-anum di
sini yg ingin membuat kajian silaturrahmi... silalah ye...
ulun berharaf amun terdapat khilaf mohon diperbetulkan dan dikongsikan info yg
lebih pasti, harus pakcik2 dan makcik2 ada parnah mandangar papandiran
orang-orang tuhak kita baharik akan dangsanak paninian kita nih ... barelaan lah
4 COMMENTS:
Ulun sahibar mambaca haja posting andika... nenek ulun hanyar hanya maninggal bulan April 2009 nang lalu. Ngaran hidin...Jamilah Binti Hussin...ngaran uma nya moyang ulun la Agundai Bt Pialing...hidin gen baasal tumat daerah Rantau/Tanjung ( Daerah Banjar Kalua). Kisah perjalanan hijrah nya gen kurang labih ai jua... tumat banua maadam ka Kuala Tungkal... imbah tu ka Sumatera Utara hanyar manyubarang ke Bagan Sarai... tagal ujar ada dangsanak inya yang bulik ka Tungkal dan ada jua yang bahijrah ka Batu Pahat... tahu am...ulun gen lawas jua batakun ka nang tuha tuha tagal wahine rasa kada kasampaian luko handak bacuur ya am barataan nang tuha tuha kadada lagi dah...
Ulun mandoa akan agar andika kawa tahaba kulaan nang di cari...
Barelaan la
amun ada kulaan yang bagana di kg seri mendapat, parit syukur, parit tabor, parit khalid dan kawasan sekitar di mukim7 batu pahat, mungkin saya boleh bantu.
amun ada kulaan yang bagana di mukim 7 batu pahat - kg seri mendapat, parit syukur, parit khalid, parit tabor, seri gunong, parit jambi dan skitarnya mungkin aku boleh membantu...
Dan cubalah google pula tajuk-tajuk berikut agar kita kenal Golongan Si Kitul dan Raja Mandeliar yang mencari peluang dan ruang untuk mengkhianati bangsa ini, iaitu:-
(a) http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
(b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
(c) Jom Kenali Dr Maza & Co
(d) Ahlul Bait Yang Dicerca
(e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
(f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
(g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah
FAKEH KHALIFAH SAKA